Semua waktu-waktu ini makruh melakukan sembahyang yang tidak  bersebab. Adapun sembahyang-sembahyang yang ada sebabnya seperti  mengqadhakan sembahyang sunnat, sembahyang kerana gerhana matahari atau  bulan, atau sembahyang jenazah maka tiadalah dihukumkan makruh.
 Waktu-waktu yang dimakruhkan bersembahyang ada lima: 
- Selepas sembahyang asar.
- Selepas sembahyang subuh.
- Selepas tergelincirnya matahari
- Waktu terbitnya matahari.
- Waktu tenggelam matahari.
Sebab larangan ialah untuk memelihara diri dari menyamai perbuatan orang-orang yang menyembah matahari pada ketika itu.
Dan juga untuk menimbulkan daya dan tenaga. Jadi dengan menjauhi  waktu-waktu tersebut ialah sebagai tambahan pendorongan dan menimbulkan  perhatian untuk menunggu selesainya masa-masa itu.
Source: Bimbingan Mukmim


 
 
No comments:
Post a Comment