Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan  kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali  Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit  san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati  lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah  berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut  kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu  ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat  kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu  kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa  membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai  cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda  semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu  menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan  si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada  kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan  kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat  sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik  selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa  riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana  disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal  memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia  sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn  Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa  paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang  buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia  dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!


 
 
No comments:
Post a Comment