.50 Keistimewaan Seorang Wanita...
1. Doa wanita lebih  maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada  lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab  baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang  penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5.  Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama  orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang  takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.  Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)  lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.  Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka  barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan  anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu,  kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang  telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca  "Alhamdulillahi' alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi  Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala  dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah  melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala  mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,  apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9.  Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan  atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap  ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh  rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10.  Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada  anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka  merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu  neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu  yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat  akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di  langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana  dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan  puasanya).
15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada  Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?"  Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab  Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila  mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan),  memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan  masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap  perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.  memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10, 000  tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam  rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah  s.w.t.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22.  Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah  s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah  s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun  solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah  mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26.  Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu  badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang  diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo  (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita  bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29.  Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana  menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20  orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari  karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh  dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala  ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya,  maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu  kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan  meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat  untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada  seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani  suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan  dibukakan baginyade lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu  mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu  suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya  atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau  memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya  atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah,  maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap- tiap  langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan  seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga  tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada  seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35.  Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat  isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38.  Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola  emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala  tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri  atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya  kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api  neraka.
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani  Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya.  Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita  sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan  sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada  keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat  (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati  suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w.  keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam  majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat  ?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda, "Seeloknya kamu sekalian tidak  perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah  dan berkhidmatlah kepada suami nIscaya pahalanya sama dengan  ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45.  "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika  membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api  neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
46.  "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan  mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan  memadamkan seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk  setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah  menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."
48.  "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,  menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,  Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut  mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan  dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. "
50.  Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut  dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan  memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah  baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah  taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya  kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian  Shirat."Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita.
 
No comments:
Post a Comment