Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:  “Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia  dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan  orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di  akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan  taatnya.” 
(Muslim)
Huraian:
Usaha merupakan asas kepada pembentukan dan kemajuan hidup manusia  walau apa pun agama dan bangsa yang dianuti. Dalam kehidupan di dunia  ini manusia dikehendaki berusaha untuk mendapatkan sesuatu hajat  termasuklah mendapatkan rezeki. Oleh itu di atas nama keadilan, Allah  S.W.T Yang Maha Adil akan mengganjari sesiapa sahaja yang berusaha  bersungguh-sungguh tidak kira sama ada dia seorang mukmin atau kafir.
Ini merupakan suatu bentuk motivasi agar manusia itu tidak merasa  kecewa dalam meneruskan kehidupan mereka. Namun begitu, di samping  memberikan balasan di dunia, orang-orang mukmin juga diberikan pahala  yang akan menolongnya di akhirat kelak iaitu sebagai balasan kebaikan  yang telah dilakukannya ketika di dunia.


 
 
No comments:
Post a Comment