Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: “Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?”
Beliau rahimahullah menjawab:
 “Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah  diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad.  Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman  Allah Ta’ala, 
Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka  (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan  ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.” (Qs. At Taubah [9]: 11) Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (HR. Muslim no. 82)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai  solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” (HR. Ahmad, At  Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al  Albani)
Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu  kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan  pendapat tersebut adalah ijma’ (kesepakatan) para sahabat.
Abdullah bin Syaqiq -rahimahullah- (seorang tabi’in yang masyhur)  mengatakan, “Para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah  pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya  akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat.”
[Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin  Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini  bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad  (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi  Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]
Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan  solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan  puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.
Oleh sebab itu, kami katakan, “Solatlah kemudian tunaikanlah puasa.”  Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak  kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima  ibadah daripadanya.
[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]


 
 
No comments:
Post a Comment