1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah  melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau  meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu  Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berloceng -  Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau  mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan -  Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan  menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada  mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman  jahiliyah.
3. Wangian - Siapa sahaja  wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya  mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina  dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong  kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat  Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada  - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi  bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.
5. Gigi -  Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya  dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat  perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah  ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher  - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu  menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan  : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan  tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan -  Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian  yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis  yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali  pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim  dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya  kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum  yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat  At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan  katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan  sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda  Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan  lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala  pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari  Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)  - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara  sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,  tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h  Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku  yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala  mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,  maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis  Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan  katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka  menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan  dari S ura h An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu  solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan  mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu  yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada  seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,  melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan  dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian  - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang  menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari  akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn  Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud :  Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan  isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju  labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali  Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha  penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah  perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada  maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak  akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis  Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian  tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian  tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku  Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga  mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu  menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya -  Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

 
 
salam ziarah
ReplyDelete