Tuesday, November 9, 2010

HARGA SEKUNTUM MAWAR









I love you sayang, ucap si gadis kepada kekasihnya.
I love you too, sahut si jejaka lantas memberikan ciuman french kiss dibibir si gadis, Prebet Syaitan ketawa terbahak-bahak. Laungan kemenangan bergempita. Seorang lagi anak Adam tewas dalam hasutannya.

Aku memerhatikan gelagat mereka. Cis!!! Rasa geram timbul di hati ini. Inilah ragam remaja kini. Inilah aksi milieu. Pasangan bercumbuan tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Bersepah-sepah aksi-aksi panas seperti ini di kota raya. Hatiku sayu. Apakah yang akan terjadi kepada umat Muhammadhttp://www.virtualfriends.net/smiley/5.gif

Aku bingkas mengedarkan diriku dari perhentian bas itu. Jelek aku melihat gelagat pasangan melayu. Alpa. Hanyut dengan arus millenium. Tenggelam dek hasutan syaitan. Aku meneruskan langkahku menyusuri ibu kota ini. Sesak. Kenderaan membanjiri jalan raya. Gas Karbon monoksida memenuhi angkasaraya.

Truuttt&Ttruutt&
Telefon bimbitku berbunyi. Sakuku ini segera diseluk. Ku perhatikan skrin telefon. Imani!!!
Hello, assalamualaikum. Khairul bercakap aku menjawab panggilan.
Waalaikummusalam Imani menyambut salamku.
Hah, Imani! Ada apa awak telefon saya nihttp://www.virtualfriends.net/smiley/5.gif aku bertanya.
Saya ada kisah menarik nak diceritakkan kat awak
Hemmm& aku menghela nafas. Ok, saya tunggu awak di Starbucks dekat Berjaya Times Square.
OK!!! Awak tunggu saya tau!!! ucap Imani lantas meletakkan ganggang.

Sslluurrpp!!!
Aku menghirup hot choc ini seraya menghidu aroma koko bermutu. Kelihatan kafe ini sarat dengan umat manusia. Gadis-gadis gedik berpeleseran di sana-sini. Sambil tangan syaitan merangkuli pinggul si gadis tersebut. Aku perhatikan perwatakan mereka. Sedih melihat bangsaku berlaku sedemikian rupa. Terlintas di ruangan mindaku, apakah kisah yang bakal Imani ceritakan kepadaku?
Assalamualaikum, Khariul!!!
Aku menoleh. Rupanya Imani yang memberi salam. Ku sahut salamnya lantas mengukirkan senyuman menampakkan deretan gigiku.
 


Awak lama ke tunggu sayahttp://www.virtualfriends.net/smiley/5.gif
Eh, taklah! Baru je sampai pintaku sambil mengaru-garu kepala.
Sorrylah&Traffic jem!!! ujar si gadis ayu ini.
No prob!!! aku cuba berlagak macho.
Imani memesan minuman. Sedetik kemudian Imani memulakan cerita. Petah lidahnya membicarakan kisah tersebut. Otakku pula sibuk mentafsirkan setiap butir
ungkapan yang dihamburkan. Kisah ini menambat hatiku. Memandangkan aku seorang wartawan, kisah sebegini amat menarik perhatianku.

OKlah Khai, saya minta diri dulu. Saya harap awak dapat rencanakan kisah ini, tutur Imani.
Aku menangguk. Sesaat, aku melambaikan tanganku. Kelibat Imani lantas menghilang daripada pandangan mataku ini.

Aku segera beredar dari Kafe Starbucks ini. Tiada hala tuju. Aku mengambil keputusan untuk berlegar-legar di dalam pusat membeli belah ini. Kakiku dilangkahkan satu demi satu. Mataku liar memerhati sekeliling. Anak muda kelihatan di setiap ceruk bangunan ini. Bebas membuat hal masing-masing. Yang perempuan asyik melihat pakaian. Yang lelaki pula, melepak di tembok-tembok jalanan. Pasangan kekasih bertaburan di merata-rata tempat. Aksi mereka, sukar untuk aku terjemahkan. Aduh! Apa yang akan terjadi kepada merekahttp://www.virtualfriends.net/smiley/5.gif Hati kecilku ini berbicara.


Aku segera pulang ke rumah. Tak sanggup aku menzinai mataku sendiri. Sedih melihat gelagat anak muda. Hukum Allah tidak lagi dipeduli. Inilah yang terjadi, apabila nafsu menguasai diri. Aku beristighfar. Badanku yang ruai ini dibaringkan ke atas tilam yang empuk. Terasa selesa. Segera aku teringatkan Imani. Ya, Imani! Kisah yang diceritakan itu harus segera aku rencanakan.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fajar menyinsing. Selesai sahaja solat Subuh, aku mempersiapkan diri ini untuk ke pejabat. Kerja sebagai seorang wartawan memang tugas yang mencabar. Namun liku-liku cabaran ini aku susuri dengan tabah untuk bergelar wartawan terbaik Malaysia. Aku gemar menulis rencana mengenai isu-isu remaja Malaysia. Remaja kuta kini kian punah akhlak mereka! Aku sendiri tidak mengetahui di manakah silapnya? Pihak sekolah tidak boleh dipersalahkan. Aku percaya. Kebanyakkan remaja yang rosak ini ketandusan kasih sayang. Namun, ibubapa sahaja tidak harus dipersalahkan. Pengaruh? Ya, pengaruh! Penagaruhlah yang menjadi pemangkin utama kebejatan aqidah ini.

Tugas dimulakan. Kisah yang bakal aku coretkan ini berkait rapat dengan keruntunhan moral remaja. Krisis ini dialami sendiri oleh adik Imani. Dunia oh dunia! Lihatlah kebinasaan yang giat berlaku. Komputer ribaku dihidupkan. Beginilah rutin harianku. Selesai bermuhasabah, aku akan memulakan tugas.
Aku cuba mengingati kembali apa yang dituturkan Imani kepadaku. Adiknya baru sahaja menduduki peperiksaan besar, PMR. Alhamdulillah, dia mendapat keputusan yang cemerlang. Kini, Hanim, adik Imani melanjutkan pelajarannya di Sekolah Teknik Cheras. Aku sendiri terkejut taktala mendengar kisah daripada Imani. Tidakku sangka gadis-gadis melayu kini seumpama tiada maruah. Murah. Bicara Imani, Hanim seringkali kelihatan keluar berdua-duaan bersama kekasihnya di tengah-tengah kotaraya. Dia kini sudah menjadi gadis liar. Pagar sekolah bukan lagi menjadi tembok penghalang buat Hanim. Pondok pengawal ibarat tiada guna. Mudah sahaja untuk Hanim menyusup keluar.

Kekeliruan terdampar di pemikiranku. Kenapakah remaja kita gemar berpasangan? Bukan itu semua propaganda Yahudi dan Barat? Kenapa harus kita contohi? Kemana hilangnya budaya ketimuran kita? Kemana hilangnya hukum Islam? Beribu-ribu persoalan melandai hatiku ini. Kenapa bangsaku sendiri yang menghadapi masalah kebejatan moral ini? Kenapa?
Dahulu, Hanim dahulu merupakan gadis yang penuh sifat kemelayuan. Sopan-santun dan budi bahasa menjadi identiti gadis sunti ini. Masa berubah dan manusia melalui perubahan.


Lihatlah, arus kemodenan telah mengubah gadis-gadis melayu kita. Baju kurung dan tudung bukan lagi menjadi pakaian mereka.Tiub ,jeans dan baju ketat, itulah menjadi kebanggaan remaja. Alasan mereka? Kita kena mengikuti perkembangan fesyen. Fesyen yang eksotik. Ah, dusta semata-mata! Lupakah mereka akan firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat-59: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Namun, yang bertudung juga sama hebat. Luaran sahaja keIslaman, tetapi hati dipenuhi gelodak nafsu. Kenapa? Kenapa rencana aku tertumpu kepada melayu? Bukankah Malaysia negara berbilang integerasi? Kenapa isu-isu remaja melayu sering kali terpapar di dada-dada akhbar? Kerana melayu merupakan integerasi perdana negara. Itulah jawapan bagi persoalan yang timbul. Seharusnya mereka ini menunjukkan nilai keislaman. Bukan kebaratan. Bukan nilai Zionis.

Di sana-sini cerita timbul mengenai aksi panas remaja kita. Lubuk Tupah, Pramugara Terlampau dan banyak lagi.Di manakah letaknya kemelayuan kita? Cis, laknat Yahudi! Habis pemikiran anak muda Malaysia kau cabuli. Bermahajaralela jeneral-jeneral syaitan .Mereka ketawa melihat aksi-aksi remaja melayu kita. Hahahaha!!! Anak Adam memang mudah ditewaskan oleh tentera-tenteraku. Aku sedih. Sedih dengan perubahan sosial yang ketara ini.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku mengimbau kembali di kala zaman remajaku. Zaman sebelum perubahan ketara berlaku. Zaman di mana gadis melayu masih mempunyai nilai kemelayuan. Ibubapaku merupakan penoreh getah. Kehidupan remajaku memang mencabar, Susah. Aku terpaksa berbasikal sejauh lapan kilometer, semata-mata mahu mengaut ilmu daripada guru-guruku. Niatku mahu menabur jasa pada bangsa. Aku tidak dapat menikmati segala kemewahan yang aku kecapi masa kini. Hidupku serba-serbi kekurangan. Tiada televisyen. Tiada komputer. Hanya beberapa buah novel sahaja menjadi temanku. Aku gembira walaupun sedar akan kekurangan ini. Waktu remaja adalah detik manis buatku. Pengalaman yang dilalui banyak mengajar aku menjadi insan yang tabah. Insan yang menuju kekamilan. Insan yang berguna.

Aku tesedar dari imbaun. Segera aku teingatkan kembali Imani. Hanim! Kisahnya belum lagi aku rencanakan. Aku melihat jam. Sudah tiba waktu untuk aku bersantai. Aku segera mencapai kunci motorku dan menunggangnya keluar ke kotaraya. Aku berlegar-legar sambil memerhatikan pemandangan kotaraya. Kaki lima hari ini kelihatan lengang. Kosong. Tiada kutu tembok di sana. Aku percaya, seminggu lagi, kotaraya ini bakal dipenuhi remaja-remaja. Maklumlah, cuti sudah tiba. Setelah meminum secawan kopi, aku segera pulang ke pejabat. Rencana panas itu harus aku siapkan. Moto dihidupkan dan...
Vrrrooommm... berdesup motoku memecut laju.

Tugasku yang tergendala disambung kembali. Kisah Hanim masih tergantung. Fikiranku kembali mengenangkan nasib gadis bernama Hanim. Dia menjadi mangsa kepada syaitan bertopengkan manusia. Dia hilang arah. Benteng imannya berjaya ditembusi peluru nafsu. Teringat aku akan ungkapan Imani. Ungkapan yang membuat kepedihan melabuh di sanubari. Adiknya kini bukan lagi gadis sunti. Makhhota sang puteri telah berjaya dicuri. Si pencuri pula, ketawa tiada henti. Masa berlalu tidak dapat dikembalikan. Benar kata pepatah melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Bukan Hanim seorang gadis yang telah hilang daranya. Aku percaya, ramai lagi gadis seperti Hanim. Ada yang dipaksa dan ada pula yang rela. Oh Tuhan, lihatlah kelakuan hambamu ini! Rintih hatiku ini.

Bukankah Allah sudah berfirman di dalam surah Isra Walatarabuzzina:

Janganlah engkau mendekati zina.
Tetapi mengapa kita ingkar? Menghampiri zina sudah dilarang inikan pula berzina. Aduh! Kekesalan menyelubungi benak hatiku ini. Hanim kini ditinggalkan kekasihnya. Lebih parah, dia kini hamil! Astagfirullah!!! Apa yang sudah jadi?


Jejaka keparat itu tidak mahu menanggung ke atas apa yang telah dia perlakukan. Sedih aku melihat keadaan Hanim. Baru tingkatan empat, perutnya sudah membusung. Namun ini salahnya juga. Sewaktu bersuka ria, tak ingat dunia. Hukum hakam, habis dihentam. Bagi mereka, cinta tiada sempadan. Bebas! Tetapi bila berlaku begini, masing-masing mencabut diri. Hanim pula, dibiar terkapai-kapai. Hish!!! Kenapa sewaktu mula dahulu mereka tidak memikirkan akibat yang bakal menimpa. Mujurlah keluarga Hanim berfikiran terbuka. Kasihan aku melihat Imani. Bergenang air matanya saat dia menceritakan kisah ini kepadaku.

Kelakuan remaja melayu kian menggila. Lihat sahaja di pusat-pusat membeli belah. Seperti lalat menghurung sampah. Betapa banyaknya pasangan-pasangan muda di sana. Entah khawin entah tidak. Aku tidak dapat menjawab. Aksi bercumbuan sudah menjadi asam garam. Berpegang tangan? Ah, perkara biasa sahaja! Ke sana ke sini, tangan si gadis digenggam erat si jejaka. Didikan agama habis dilemparkan. Itu yang di depan mata kita. Yang tersembunyi belum kita lihat lagi.

Aku banyak beristighfar. Ya Allah, lindungi zuriatku daripada kemaksiatan sebegini. Hatiku berdoa. Sifat malu langsung sepi daripada remaja. Ya! Yahudi memang hebat. Yahudi memang habat. Habis remaja kita kau rosaki. Sekali lagi negara kita dijajah. Bukan lagi secara fizikal, tetapi mentaliti. Penjajahan kali ini lebih kritikal. Sukar untuk diusir. Manusia seolah-olah kembali ke zaman jahiliah. Bersikap retrogresif. Malah lebih teruk. Itulah lumrah yang tersurat. Kegiatan ini seolah tidak dibendung. Ke mana hilangnya alim ulama ? Ah, bencinya aku! Gadis melayu memang murah! Mudah didapati, hanya berbekalkan air liur. Senang cair akan pujuk rayu. Cukup dengan tutur kata. Dayus. Seringkali aku terdengar, untuk mendapat gadis-gadis ini, cukup sekadar membelanja mereka makan. Ah, meluat aku!. Meluat dengan tingkah laku remaja melayu millenium. Kenapakah gadis kita mudah jatuh terhadap pujuk rayu jejaka? Adakah Malaysia ketandusan jejaka beriman? Mungkin.

Sampai bila perkara sebegini akan berterusan? Tidak takutkah mereka akan bala Al-Hakam? Iktibar langsung tidak diambil. Walhal, telah banyak petanda Allah ditunjukkan. Lihat sahaja jerebu yang melitupi langit-langit Kuala Lumpur. Bukankah itu satu amaran daripada Allah Al-Qawi? Jangan sesekali dicabar amarah-Nya. Sekali bala menimpa, seluruh warga menjadi mangsa. Tetapi, remaja kita masih bergelak ketawa. Angkuh dan ego dengan Pencipta. Seolah-olah, tiada bala yang akan menimpa. Bermacam-macam gelaran diberikan kepada gadis-gadis melayu kita. Bohsia, pelacur, balanced, barai, gedik dan cikaro! Ah, banyak lagi gelaran diberikan! Ianya sudah sinonim dengan mereka. Sudah melekat. Kini, bukan sahaja Kuala Lumpur menjadi sarang kupu-kupu malam ini, di mana-mana sahaja khidmat mereka tersedia. Tidak malukah mereka? Tiada maruahkah mereka ini. Gadis sahaja tidak harus dipersalahkan. Lelaki. Lelaki juga harus dipersalahkan. Kerana kemiangan merekalah, gadis-gadis ini tumbang. Hanyut di tengah-tengah ranjang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku cuba mengkaji. Apakah punca sebenar masalah ini. Daripada sudut pemikiranku, aku berpendapat bahawa sms yang menjadi punca segala keruntuhan moral ini. Sms umpama ibu kepada kemaksiatan ini. Memang tiada pengharaman sms di dalam al-quran. Tetapi, kita sendiri yang menjadikan sms itu haram. Buat sesuatu
itu biarlah berpada-pada.Mula-mula hanya berbual melalui sms, lama-kelamaan timbul rasa ingin berjumpa. Hah, bila jejaka dan si gadis keluar bersama, prebet-prebet syaitan menjalankan tugas!


Setelah termakan dengan hasutan, bercengkeramalah anak Adam. Syaitan pula bersorak kegembiraan. Adegan-adegan berahi bermula. Mula-mula bersentuhan. Lama kelamaan, berpegang tangan. Komando syitan pula menghasut. Tewas. Anak Adam tewas lagi. Ciuaman mula dihadiakan si jejaka. Ah, pening aku memikirkan segalanya! Jelek! Jelek aku dengan anak muda melayu. Tak senonoh. Adakah bercumbuan di khalayak ramai? Hoi, haiwan pun tahu malu! Inikan manusia berilmu. Gertak hatiku ini. Kalau dah suka sama suka, kenapa tidak segera bernikah? Belum bersedia? Ah! Alasan semata-mata. Kalau dah diijab kabulkan, nak buat apa sahaja pun merdeka. Ini tidak, selepas mendapat madunya, hilang entah ke mana. Keinsafan langsung hilang dari hati.

Itu baru yang dihadapan mata. Berapa ramai lagi yang akan tewas? Memanglah perkara ini dianggap remeh temeh. Bukan lagi perkara eksentrik. Namun, ini harus dibendung. Takdir dan agama tidak harus dipersalahkan. Bukankah setiap agama mendidik umatnya supaya menunjukkan nilai murni? Almaktub Buddha, Hindu, Kristian dan Islam tidak pernah mengajar remaja berlaku sedemikian rupa. Semua ini lahir daripada diri individu sendiri. Bertambah pula dengan hiburan durjana. Habis! Habis rosak remaja melayu. Semuanya tergila-gila mahu bergelar artis. Hoi, remaja! Macamlah Malaysia kekurangan kerja. Carilah sumber rezeki yang lebih mulia. Kerana mengejar populariti, aqidah ditenggelami. Sedarkah mereka, segala hiburan itu hanyalah taktik Barat. Taktik bagi memusnahkan umat Islam seantero dunia. Sedikit demi sedikit akal dan hati diracuni. Lama-kelamaan. Lihatlah, beginilah jadinya. Hancur! Hancur sosial remaja kita.

Mungkin inilah sebab aku menjadi wartawan. Aku cuba memerangi kebejatan ini. Aku sedar yang aku ini insan biasa. Aku juga pernah melalui zaman remaja. Namun tidaklah seteruk ini. Rencana mengenai Hanim harus aku siapkan supaya anak muda kita bangkit daripada fantasi ini. Aku hanya mampu membikin rencana sebagai iktibar buat anak muda. Ulama harus mempergiatkan dakwah mereka. Kerajaan harus mengambil serius perkara ini. Jika beginilah sosial anak muda Malaysia, tidak mustahil, negara kita bakal tersungkur dikaki barat dan Zionis.


Hei, remaja! Lihatlah kekuasan Allah. Tidakkah kamu takut. Aku juga takut akan kekuasaan-Nya. Kun faya kun jadi maka jadilah ia. Sesaat sahaja Acheh musnah. Sedtik sahaja Phuket ditenggelami tsunami. Namun di Malaysia, hanya tempias diberikan, Kesedaran tidak juga timbul. Lupa dunia. Gembira berpesta. Maksiat berleluasa. Alangkah sedihnya Rasullulah, andai dilihat umatnya berlaku sebegini rupa. Kealpaan menjadi-jadi. Benar! Melayu mudah lupa. Ummati, ummati, ummati, kalimah yang diucapkan Rasulullah disaat kewafatan baginda. Cetek sungguh pemikiran remaja kita. Dunia ibarat pentas, manusia sebagai pelakon. Syaitan pula tersengih menonton. Aku juga pilu. Sebak hatiku ini kian menular. Remaja Malaysia! Bilakah kamu semua mahu bangkit daripada fantasi dunia?

Aku tersedar dari lamunanku. Komputer ribaku masih terhidup. Rencana ini masih tidak dimulakan. Aku harus menyiapkanya. Terlintas dipemikiranku, sungguh murah harga gadis melayu. Cukup sekadar belanja. Cukup sekadar kata-kata. Inikah harga seorang gadis melayu? Inikah harga sekuntum mawar?

No comments:

Post a Comment