WELCOME TO THE BLUE'S CACTUS BLOG "SESUNGGUHNYA BERITA YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH BUMI IALAH BUMI MENJADI SAKSI TERHADAP SEMUA PERBUATAN MANUSIA SAMAADA LELAKI ATAUPUN PEREMPUAN TERHADAP APA YANG MEREKA LAKUKAN DI ATASNYA.. BUMI AKAN BERKATA: DIA TELAH MELAKUKAN ITU DAN INI PADA HARI ITU DAN INI.ITULAH BERITA YANG AKAN DIBERITAHU OLEH BUMI" (HADIS RIWAYAT IMAM TARMIZI)
Wednesday, November 24, 2010
LELAKI IDAMAN SAYA
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman,
Yang... hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan Ilmu dan Amal,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut berkata benar,
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah,
Yang istiqomah dengan perjuangan menegakkan daurah Islam…
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki,
Yang tidak sombong dengan harta dunia yang dimiliki,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan, walaupun musuh Allah sentiasa mendatang…
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibubapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga rumahtangganya,
Yang akan membimbing isteri dan anak-anaknya dalam kehidupan Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah persinggahan…
Dan akhirat adalah singgahsana kenyataan…
Lelaki adaman saya ialah yg sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbual dan berbincang,
Yang menjaga matanya daripada kemungkaran,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan nikmat Allah keatasnya…
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Disitulah rumah idamannya,
Dan dia ingin membawa saya bersamanya…
Dialah lelaki idaman saya…!!!
YA ALLAH, KURNIAKANLAH AKU SEBAIK2 LELAKI PENEMAN HIDUP..!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment