Suasana yang menyelubungi pagi itu dirasakan sungguh menyegarkan. Sinar mentari yang sedang terbit dirasakannya sungguh mengasyikkan. Kicauan burung yang sudah sekian lama dirinduinya, akhirnya dapat juga didengari pada pagi yang sunguh indah itu. Bagaikan menyanyikan irama yang sungguh mengasyikkan, menjadi halwa di telinga Azlan. Alunan azan mematikan lamunan Azlan, lantas menyegerakannya untuk bersiap-siap mengadap Pencipta yang Maha Bijaksana.
" Ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Kau berikanlah aku ketenangan seumpama ketenangan yang Kau tumpahkan kepada hamba-hamba Mu. Kau berkatilah hidupku ini sebagaimana yang telah Engkau berkatkan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Engkau kekalkanlah rahmat yang telah Engkau berikan kepada hamba-Mu ini," doa Azlan, mengharap keredhaan daripada Allah yang Maha Berkuasa sesudah selesai mengerjakan kewajipan seorang hamba.
Terkenang Azlan tentang peristiwa silam. Rentetan peristiwa yang mengajar erti cinta sesama insan kepadanya. Peristiwa yang bakal mengubah hidupnya buat selama-lamanya. Mengukir sejarah yang bakal menjadi ingatan dalam ingatan Azlan sepanjang kehidupan di alam ini.
Suatu ketika dahulu.
"Azlan sayang, I nak pergi tengok wayang dengan U lah malam ni. Kita pergi ye?," rengek Anita dalam telefon, memujuk kekasihnya Azlan agar membawanya keluar menonton wayang.
" Anita baby, I tak boleh la keluar malam ni. I kena buat assignment Profesor Safiah. Assignment ni kena hantar lusa. Banyak lagi yang I tak buat. Nanti-nanti bila I free sikit kita keluar ya baby."
" Ala U ni. Buat I menyampah. Sikit-sikit nak buat kerja tu lah, kerja ni lah. Kenapa U suka sangat dekat Profesor Safiah tu? I ni U anggap apa? I'm your girlfriend but she's not, ok! Kalau U nak sangat dekat Profesor Safiah tu, pergilah dekat dia. Buat apa cari I lagi!"
Bang!
Terus gagang telefon dihempaskan oleh Anita akibat permintaannya untuk keluar bersama ditolak. Bagi Azlan perkara seumpama ini sudah menjadi rutin harian hidupnya semenjak mereka menjadi pasangan kekasih. Sifat dan perangai Anita yang mudah melenting, cepat merajuk dan juga inginkan segala kehendaknya dipenuhi tanpa mengira apa jua sekalipun sudah masak bagi Azlan.
Terus Azlan mencapai kunci keretanya lalu memecut membelah kesibukan jalan raya menuju ke rumah Anita. Dalam perjalanan, kepalanya sibuk menyusun ayat bagi memujuk Anita agar tidak terus merajuk. Sempat dia singgah sebentar di kedai bunga bagi membeli sejambak bunga mawar buat menyejukkan hati Anita yang sedang panas membara, buat modal untuk memujuk.
Bukan sekali dua, malah berkali-kali Azlan dinasihatkan oleh teman-temannya agar melupakan saja Anita dan mencari wanita lain untuk menjadi pasangan kekasihnya. Azlan memahami akan niat baik rakan-rakannya. Tetapi baginya Anita tetap satu. Tiada yang lain baginya. Seringkali dia mempertahankan Anita daripada cercaan rakan-rakannya dengan memberikan alasan yang tiada seorang manusia pun yang sempurna, bebas dari kesilapan. Baginya, dengan menerima Anita dalam hidupnya, dia harus menerima sepenuhnya Anita. Bukan memilih yang baik sahaja dan enggan menerima perkara yang negatif dalam diri Anita. Anita adalah pakej yang harus diterimanya dengan seikhlas hati.
Trafik yang sesak melambatkan lagi perjalanan Azlan. Sudah berkali-kali Azlan cuba untuk menelefon Anita. Namun Anita tidak sekalipun cuba untuk mengambil panggilan Azlan. Lama-kelamaan kesabaran Azlan sudah sampai ke kemuncaknya. Amarahnya terhadap Anita kian terserlah dengan keengganan Anita untuk mengangkat telefon. Kegeramannya terhadap Anita dilampiaskan dengan membunyikan hon sepuas-puas hati. Kata-kata makian yang selama ini jarang sekali digunakannya, dihamburkan kepada keadaan pemandu-pemandu lain yang terperangkat dalam trafik yang lembab.
" Anita, I minta maaf ya sayang. Malam ni kita dinner sekali and then kita pergi tengok wayang ya sayang? I bukan tak nak temankan U. I betul-betul sibuk sekarang ni. U bukan tak tahu, Profesor Safiah tu bukan reti nak bagi kerja sikit-sikit ." pujuk Azlan kepada Anita.
Bunga mawar yang dibeli bertukar tangan. Ketegangan yang melanda kedua-dua belah pihak semakin mereda. Tangan kembali berpaut, sama-sama merasa kasih sayang setelah puas berperang. Dalam hati Azlan masih ada sesuatu yang menggangu fikirannya.
Kerja rumah Profesor Safiah! Dan ada lagi satu perkara yang perlu diselesaikan pada malam itu dengan Anita. Azlan tenggelam dalam lamunannya sendiri.
Azlan cuma dapat berdoa sahaja di dalam hati agar kerja rumah yang ditugaskan sempat dibuatnya. Keresahan hatinya cuba diselindungi agar hati Anita tidak terguris. Manakan tidak, Azlan pun seronok juga dapat berpimpin tangan dan bersama dengan Anita, Anita yang riang gembira, bukan dengan Anita yang suka menarik muka!
Malam itu mereka berdua keluar bersama. Penuh dengan warna-warni kegembiraan. Peristiwa pada siang tadi bagaikan tidak wujud langsung dalam kotak pemikiran mereka. Terasa bagaikan orang-orang yang berada disekeliling tidak wujud. Bergembira bagaikan dunia milik mereka berdua. Indahnya dunia dirasakan pada ketika itu.
" Anita sayang, I nak tanya U sesuatu, boleh? ". Mimik muka Azlan berkerut seribu. Anita ternanti-nanti penuh debar apa yang bakal dikatakan oleh Azlan. Raut wajah Anita mula menampakkan riak-riak tidak sabar. Resah menanti akan apa yang bakal dikatakan oleh kekasih hatinya.
" Hmmm, cepat lah sayang. I nak tahu apa yang U hendak katakana pada I," desak Anita kurang sabar dengan reaksi Azlan yang bagaikan ingin bermain-main dengan waktu.
" Anita sayang. First sekali I mintak sangat-sangat U jangan marah dengan apa yang I nak cakapkan dekat U ni. Janji ?" tanya Azlan.
" Ye lah, ye lah. Cakap pun belum lagi, apa yang I nak marahkan? Ok, I promise I takkan marah kalau benda yang U cakapkan ni memang tak sepatutnya I marah, ok?," jawap Anita dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak dicampur dengan perasaan kurang senang dengan permintaan Azlan.
" Ok, that's fair enough. I nak tanya U ni. U sayang dekat I kan?"
" Ya, I sayang dekat U lebih dari I sayang dekat orang lain. And then.," balas Anita semakin keliru dengan pertanyaan Azlan.
Sudah seminit berlalu. Azlan masih membisu. Anita semakin gelisah. Akhirnya, Azlan membuka mulut, tanda sedia untuk meluahkan apa yang terpendam.
" Hummm, I harap U tak terkejut dengan perkara yang ingin I sampaikan ni.. Perkara ni dah lama sangat I pendam. Sampaikan I dah rasa macam tak larat sangat dah nak tanggung.," sampai di situ, Azlan mematikan bicara. Menarik nafas, mengumpul sisa-sisa kekuatan untuk menghabiskan kalimah.
" Cepat lah sayang. Apa yang U nak cakapkan sebenarnya nie?" desak Anita semakin hilang kesabaran.
Azlan sabar menyusun kata-kata, agar bicara yang menyusul menepati maksud yang dihajati.
Pak!
" Apa ni?" bentak Azlan selepas mencampakkan helaian-helaian kertas.
Muka Anita berubah. Wajah yang biasanya ceria bertukar gelabah, cuak apabila helaian kertas itu diteliti satu persatu.
" Azlan, I can explain this. Please hear out my explanation first. I tak tahu mana U dapat semua ni. The thing is"
"What is the thing huh! I dah tahu yang U selama ni curang terhadap I. I cuma tak nak tuduh secara terang-terangan. Dokumen ni, I dapat dari fail pakcik I. Dia adalah doctor yang U jumpa, doctor di klinik yang U pergi. Malangnya U tersilap langkah. U pergi ke klinik uncle I. I rasa U tak tahu doktor yang U jumpa tu sebenarnya pakcik I. Perkara yang sebenarnya, sesekali I pergi menolong dan kerja sambilan di klinik dia. Sebagai seorang doktor yang bertanggungjawab dia tak akan sesekali bagi dekat I semua dokumen-dokumen ni. I terjumpa dan I "pinjam" sekejap tanpa keizinan pakcik I. Walaupun perbuatan I mencuri maklumat ni salah, tetapi perbuatan U lagi salah. I tak sangka yang U ni perempuan jalang!" Azlan meluahkan segala apa yang selama ini terpendam dengan cara yang tidak disangka-sangka sekali.
" I masih boleh memaafkan U kalau U setakat curang dengan I. But U berdosa dengan tuhan. Anita, U berdosa dengan tuhan. Kau pembunuh Anita! Kau pembunuh !" jerit Azlan semakin menyinga.
" I tahu yang U dah pernah mengandung anak luar nikah. I tahu yang U dah pernah mengandung, tapi itu cerita beberapa yang lalu.Tapi kenapa U gugurkan kandungan U? Kenapa? Kenapa U bunuh anak yang tidak berdosa tu?" manik-manik air mata mula berguguran, mengalir ke pipi Azlan.
" U mesti tertanya-tanya kankenapa I tak bersemuka dengan U sejak awal-awal lagi I dapat tahu berita ni. I bukan jenis orang yang nak tuduh orang tak tentu hala. I ambil masa untuk buat sedikit siasatan untuk membuktikan kesahihan berita ni. Ya dan hasilnya U sendiri pun tahu. I dah tahu semuanya malah I dah bersemuka dah dengan lelaki yang tak bertanggungjawab tu. Cuma I tak mahu kecoh kan benda ni sebab I nak jaga maruah U. I masih berperikemanusiaan Anita. Tak macam U! U bukan manusia! Kau binatang Anita! Binatang pun sayangkan anaknya!". Azlan bagaikan tahu apa yang bersarang di fikiran Anita, menjawab segala kemusykilan mengenai mengapa dia tidak awal-awal lagi menyerang Anita.
" Sorry Azlan, maafkan I. I tak pernah bermaksud nak menyakitkan hati U. I seboleh-bolehnya tak nak U tahu perkara ni. Masa I gugurkan kandungan I, I betul-betul tak fikirkan apa-apa. I malu Azlan, I malu !" menangis Anita menjawab soalan yang Azlan kemukakan.
Azlan membisu. Anita semakin galak menangis. Teresak-esak sendirian.
" Anita, I terpaksa tinggalkan U. I sayang U lebih daripada I sayang diri I sendiri. Lebih dari segala-galanya. Tapi madu yang diberi, racun yang dibalas." Azlan meluahkan kata-kata, menamatkan segala-galanya. Menyimpulkan cerita bahagia mereka dengan noktah.
Lantas Azlan pun berlalu dari situ. Membawa hati yang berkecamuk dengan seribu satu perasaan. Puas. Sedih. Kecewa. Geram. Semuanya bercampur menjadi satu. Bersarang dalam hati menjadi satu.
Puas kerana akhirnya perkara yang membuku di hati telah menjadi nyata.
Sedih kerana mahligai impian yang ingin dibina menjadi bagaikan debu yang ditiup angin taufan yang melanda.
Kecewa kerana dikhianati oleh orang yang paling dipercayai dan paling disayangi.
Geram kerana mengenangkan akan hakikat yang sebenarnya yang telah berlaku.
Sambil berlalu Azlan berazam agar peristiwa yang berlalu menjadi lipatan sejarah silam. Memori pahit yang ingin dikikis dari benak fikirannya buat selama-lamanya. Azlan berdoa agar pada hari-hari yang mendatang dia akan bangun dan melupakan segala-galanya dan menikmati baki-baki kehidupan dengan semangat yang baru.

No comments:
Post a Comment