“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim  dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada  bla…bla…bla…”
 Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu  sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai  Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahai hukum tersebut, ada  yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut  langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu  sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar  faham akan maksud menutup aurat ini? 
Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah  menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu,  dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang  sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah  kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka  mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah  untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita  kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat  semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat and Allah itu Maha  melihat.
Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang ramai orang yang  mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum  wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa  sudah jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah  yang amat dahsyat?
Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah  meluhat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan  ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah  para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika  berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka  (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan  masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga  boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim  no. 3971). Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita  yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah  dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita  masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian  dada sebaik-baiknya.
Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan kesan negatif bukan  saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini boleh  menyebabkan wanita lain menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang  durjana. Wahai saudari sekalian, adakah anda suka menjadi penyebab  keganasan ke atas wanita lain? Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan  selamat jika berada dalam cengkerang, jika terbuka cengkerangnya pasti  akan dinodai orang.
Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang  sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar  mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan  memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan  tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka  menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan  (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa  mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau  saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang  lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau  perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari  orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada  perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat  perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang  akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu  sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu  berjaya.” (24:31)
Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti  di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala,  tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian  yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat  atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan  bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya.  Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.
Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu  tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat  isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung  jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah.  Jelaslah kini, lelaki dan wanita amat memainkan peranan penting dalam  isu ini. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk  menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita  telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita  boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian?  Sesungguhnya pemuda mula beribadat dan mengingat Allah pada usia  mudanya, akan dinaungi oleh Allah pada hari akhirat.
Marilah kita semua muhasabah diri dan bertaubat atas segala dosa-dosa  yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan member naungan  di akhirat kelak. Amin…. Wassalam.


 
 
No comments:
Post a Comment