Sunday, October 23, 2011

WANITA ITU ISTIMEWA..




jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. apa lagi yang tidak ada di syurga??? namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. dijadikan mereka daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungiin mampu meluruskan mereka. tidak logik kalau kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. luruskan lah wanita dengan cara yang ditunjuk ALLAH, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. didiklah mereka dengan panduan daripada-Nya.

jangan cuba jinakkan mereka dengan HARTA, kelak mereka akan semakin liar. jangan hiburkan mereka dengan KECANTIKAN, nanti mereka akan semakin menderita. yang sementara itu tidak akan kekal, kenalkan mereka kepada ALLAH, zat yang kekal kerana disitulah suisnya.

akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. suburkanlah. kerana dari situlah mereka akan nampak nilaian dan keadilan ALLAH. akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik, perdana menteri atau presiden.

bisikanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. itu bukan diskriminasi ALLAH, kerana RAHIM WANITA YANG LEMBUT ITULAH YANG MENGANDUNGKAN LELAKI-LELAKI YANG WAJA. lebih ramai lelaki yang dirosakan wanita daripada mereka yang dirosakkan oleh lelaki.

para lelaki, janganlah mengharapkan ketaatan, binalah kepimpinan. pastikan dirimu dipimpin kepada ALLAH dahulu sebelum kamu memimpin seorang WANITA! jangan mengharapkan isteri seperti Siti Fatimah kalaun peribadi mu belum seperti Saidina Ali.

No comments:

Post a Comment