Sunday, October 16, 2011

Wahai MUSLIMAH...


Sebelum kakimu melangkah keluar rumah,
berhenti sekejap..
pandanglah di cermin ke seluruh tubuhmu yg memikat...
Andainya...
rambutmu tidak ditutup cantik berikat..
tudungmu terlalu singkat...
bajumu jarang dan ketat...
seluarmu begitu sendat...
betis dan lenganmu dpt dilihat...

Fikirkan sejenak..
"Bagaimana jika aku dilanggar nanti...
terdampar di tepi jalan yg tak pernah sunyi...
disaksikan mata-mata yg memerhati...
Izrail menjalankan tugas yg diberi..
memisahkan roh drpd jasadku sendiri...
dan aku...MATI...?
belum sempat ku bertaubat pd Ilahi...
pastinya dosaku tidak diampuni...
merana dan tersiksalah diri ini...
di dlm neraka yg kekal abadi...
kerana engkarku pd Allah Ya Rabbi...
mampukah aku menahan diri..
dipukul, disiksa tanpa henti..
kerana salahku sendiri?
Oh, kejamnya aku ini..
kerana menzalimi diri sendiri...."

Na'uzubillahi mindzalik..

No comments:

Post a Comment