Saturday, October 22, 2011

~ADUHAI MALUNYA~





Aduhai MAlu,…….
Kerana malu si wanita tahu menjaga kehormatannya,
Kerana malu si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya,
Kerana malu juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu,

Kini si wanita itu sudah hilang malunya,
Kerana hilang malu itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan dirinya tergadai,
Kerana hilang malu itu si wanita gagal menilai apa itu haram, apa itu halal,
Kerana kehilangan malu itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurniakan oleh Allah swt sifat malu,
Kerana malu si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan menjaga aurat,
Kerana malu, si lelaki mengingatkan diri dan si waniota tentang batas-batas social pergaulan,
Halal dan haram tu kena ingat!,
Kerana malu itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya jangan mengajak si wanita berbuat dosa selalu mengingatkan dengan kata , :takutlah akan Allah”

Kini, si lelaki itu sudah hilang malunya,
Kerana hilang malu si lelaki itu lalu mengajak si wanita berbuat mungkar,
Kerana hilangnya malu itu si lelaki lupa tentang hukum Allah swt,
Kerana telah hilangnya malu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH

Sabda rasulullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai siwanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan malu itu bukan ditempatnya.

Malulah kamu dengan ALLAH SWT kerana ingkar akan suruhannya ,
Malulah kamu dengan RASULULLAH SAW kerana meninggalkan sunnahnya,
Malulah kamu kerana lupa dan malas membaca AL_QURAN,
Malulah kamu kerana tidak menghormati GURU,
Malulah kamu kerana melawan IBUBAPA,
Malulah kamu atas dosa-dosa kamu.

Maka percayalah bahawa malu itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar dan mungkar..
Waallahualam…

No comments:

Post a Comment