Sunday, October 16, 2011

‎(¯`*• PAKAI TUDUNG ITU SEPERTI PAKAI TOPI KELEDAR•*´¯)



Topi keledar menjaga keselamatan nyawa, tudung menjaga keselamatan akhlak.

PERSOALAN: kenapa ya orang bertudung sekarang boleh senang2 membonceng motor dgn lelaki..? mcm mana nak relate dgn statement “tudung menjaga keselamatan akhlak”?

█▓▒░► Sama seperti topi keledar. Ada keadaan2 tertentu yang topi keledar pun tidak mampu menyelamatkan nyawa pemakainya. Pelumba haram, pemandu laju dan pemandu cuai semuanya pakai topi keledar, tapi berkecai kepala bila di langgar.

MAKSUDNYA?

█▓▒░► Ada yang lebih penting daripada sekadar topi keledar untuk menyelamatkan nyawa pemandu motosikal. Antaranya memandu secara berhati2, jangan terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak memandu dlm keadaan mabuk.

APA KAITAN INI SEMUA DENGAN TUDUNG?

█▓▒░► Nak jaga akhlak tu bukan hanya dengan bertudung. Ada yang lebih penting lagi. Umpamanya, menjaga tingkah laku, tutur kata, pergaulan, selain menjaga pandangan mata. Sekiranya semua itu tidak diambil kira, bertudung tidak mampu menjaga maruah dan akhlak.

CONTOHNYA??

█▓▒░► kalau hanya bertudung, tingkah laku liar, pergaulan bebas, pandangan mata tidak dikawal, keluar hingga jauh-jauh malam, berada di tempat2 maksiat, maka tudung pun tidak akan mampu menjaga tingkah laku dan akhlak.

TETAPI TUDUNG SEKARANG PELBAGAI FESYEN??

█▓▒░► Macam topi keledar juga. Ada macam-macam. Ada yang mengikut piawaian keselamatan. Ada yang tidak. Kekadang gaya sahaja yang lebih, bahannya rapuh. Yang malangnya, topi keledar sudah baik tetapi cara pakai pula tidak kena. Tali dibiarkan longgar dan main sangkut-sangkut sahaja.

KAITANNYA??

█▓▒░► Pakai tudung dan menutup aurat 2 perkara berbeza. Ramai yang bertudung tapi tidak tutup aurat. Tutup aurat ada konsepnya, ada falsafahnya. Ia dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk mencapai akhlak. Tapi pakai tudung ini macam-macam. Mungkin niatnya mahu 'glamour', mahu cantik dan bergaya.

TAPI ORANG YANG BERTUDUNG KADANG2 SUKA PANDANG HINA ORANG YANG TIDAK BERTUDUNG..MENGAPA??

█▓▒░► “Orang bertudung mungkin boleh menghina orang tak bertudung. Tetapi orang yang bertudung dan menutup aurat dengan sempurna, jika benar2 dia menghayati konsep menutup aurat, dia tidak akan sekali-kali memandang hina kepada orang yang tidak bertudung”

MACAM MANA ORANG YG TIDAK BERTUDUNG, AKHLAKNYA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BERTUDUNG?

█▓▒░► Bagi saya, dia umpama orang yang memandu dengan baik, berhemat dan cermat tetapi tidak memakai topi keledar. Di malaysia ni kalau tak pakai topi keledar salah di sisi undang2 sekalipun dia memandu dengan baik, tetap salah kalau tidak bertopi keledar. Bumi ALLAH ini ada undang2 nya juga..kalau ikut, maka selamat lah.

No comments:

Post a Comment