Allah  Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita,  bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan  lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam  kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah.  Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut  dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan  1/10 malu.
Atas  kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum  wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita  dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal,  namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang  mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga  lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat  memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada  akal, dunia akan jadi kocar-kacir.
Begitulah  kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi  pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul  tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah  tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan  buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah  diabaikan.
Wanita  yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya  berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki  dengan gejala dadah.
Kata orang tua-tua – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang?

 
 
No comments:
Post a Comment