.Jika anda makan PBTC, George Bush tidak berani bersembang dengan anda.
2. Jika makan PBTC, anda sememangnya orang Melayu jati. Lebih jati kejatian anda berbanding dengan kayu jati ataupun beras Jati.
3. Kesihatan mulut anda akan terjamin, sebab anda sentiasa berkumur dengan Listerine.
4. Anda dapat menjamin second life kepada ikan-ikan yang tak berepa  elok, udang-udang kecil dan durian yang tak habis dimakan atau terlampau  masak.
5. Anda menjamin tradisi memakan PBTC senantiasa berterusan hingga ke anak cucu.
6. Mempunyai kandungan protein yang tinggi.
7. Memastikan pengamal ubatan tradisional untuk rawatan resdung berterusan dapat cari makan.
8. Memastikan buah yang ditebuk tupai mempunyai nilai tambah yang tinggi.
9. Baik untuk mereka yang tidak mempunyai hubungan yang baik dengan mak  mertua atau meluat nak tengok batang hidung mak mertua anda. Apabila  anda sedang makan PBTC dengan nasi, mak mertua lalu belakang pun anda  tak nampak.
10. Sebagai cadangan tambahan, Maggi atau Mamee perlu menghasilkan mee  segera perisa Tempoyak. Pastikan artis yang meng’endorse’ produk itu  berasal dari Perak atau Pahang. Mawi tak boleh, sebab dia org Johor.  Gerenti laku, terutamanya dikalangan pelajar Malaysia yang berada diluar  negara


 
 
No comments:
Post a Comment