Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih,  bergantung kepada ibu bapa yang hendak mencorakkan. Bila ibu bapa sudah  dibesarkan dalam keganasan, biasa dengan marah, pukul, maki hamun, sudah  pasti anak yang lahir dari kedua-dua mereka akan merasai perkara yang  sama kecuali berlaku perubahan ilmu dan mujahadah(pengorbanan) yang  bersungguh-sungguh terhadap sikap ibu bapa tersebut.
Namun begitu, dalam keadaan emosi yang amat, selalunya ibu bapa akan  gagal mengawal diri, lalu melahirkan warna diri yang sebenar yang  dicorakkan oleh orang tua kepada ibu bapa tersebut.
Children learn what they see.
Ingatlah, cara orang tua kita mendidik anak-anak dari hati yang sarat  dengan Iman dan takwa kepada Allah Taala. Walaupun tiada tarbiah secara  langsung, tetapi sapaan lembut mereka dalam jagaan seolah-olah Allah  Taala telah mentarbiah jiwa, jalan dan cara mereka lantaran sanggup  menempuh segala susah dan payah, dan paling penting ikhlas kerana Allah  Taala.
Dalam pada itu, ayah yang hebat ialah ayah yang boleh bersabar dengan  keadaan anak-anak yang terdedah dengan segala gejala yang merosakkan  yang ada dalam rumah sendiri. Masa kecil memang boleh disanggah, tetapi  bila anak dah membesar dan menjadi remaja, banyak pula mata-mata yang  menunggu untuk merosakkannya.
Tidak semua orang sama rasa kegembiraan, dan tidak semua orang sama  rasa penderitaan. Banyak orang dapat pengetahuan dari apa yang dibaca  dari dada-dada akhbar, internet, media massa dan sebagainya. Kelebihan  yang ada diperhalusi, kekurangan yang ada dipertingkatkan. Had mutu, dan  kualiti hidup perlu diperkemaskan dari masa ke semasa, apatah lagi bila  sudah bergelar ibu dan bapa, maka bertambahlah kos penambahbaikan  hidup, bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi seluruh isi rumah yang  tertumpah ruah di atas bahu kita.
Memang orang Melayu menjadi trauma bila ingin berjumpa doktor apatah  lagi psikiatri ditambah lagi untuk membincangkan masalah keluarga dan  anak-anak. nampak macam parents yang gagal dalam mendidik. Menjadi  mangsa adalah anak-anak. Penulis juga ada perhatikan bila parents sibuk,  anak-anak akan lebih 'berperangai' untuk menarik perhatian.
Pertanyaan ayah pergi mana, bila ayah nak balik, kerja tak  habis-habis, asyik mesyuarat aje, dan sebagainya, kadang-kadang  mengundang marah si ibu kerana tidak faham masalah dan renggekan  anak-anak.
Kesempatan yang ada, belajar dari mereka yang pakar dalam membuka  ruang komunikasi antara suami, isteri, ayah, ibu, dan anak-anak menjadi  lebih baik dari sebelumnya. Apa yang diharapkan dari kesungguhan ini,  ialah terbitnya keinginan untuk belajar oleh ibu bapa terutama ibu dan  bapa dari kalangan muda-mudi dengan tidak menganggap pendidikan  anak-anak dan kekeluargaan sebagai sesuatu yang remeh atau mudah secara  'plug and play'.
Pengalaman itu sendiri bukanlah guru. Pengalaman akan hanya menjadi  guru, apabila kita memproses pengalaman itu. Dapat dikenal pasti hujung  pangkalnya, kelebihannya, kelemahannya dan dirumuskan sebagai panduan.  Adapun panduan itu tidak optimum kecuali apabila ia didokumentasikan.  Dokumentasi pengalaman, yang penulis harapkan ialah tepat dan jelas.  Tepat sahaja, tapi kalau tidak jelas, abstrak, tidak praktikal akan  menghilangkan nilai tepat itu tadi.
Bagi ibu bapa, tidak kira anda tua atau muda usianya, sama-sama  menggunakan pendekatan Luqman el Hakim, itulah yang paling tepat dan  jelas. Apa-apa pun each case has its own circumstances dan apa-apa  pengalaman sendiri semasa jadi anak, atau sudah jadi bapa, atau melihat  ibu bapa lain, atau anak-anak orang lain, pengalaman itu tetap ada  pengajarannya.
Cuma cara olahan itu ikutlah kepandaian masing-masing. Setiap  pengalaman yang silam ada pertimbangannya untuk peristiwa akan datang.  Jika bukan sebagai guru yang mengajar, setidaknya membolehkan kita  menentukan cara terbaik menghadapi anak-anak yang merupakan generasi  MMS, E-mail, blog dan macam-macam lagi teknologi moden. Itu semua  perkara subjektif dan setiap ibu bapa ada acuan masing-masing. Perbezaan  cara, pengetahuan dan pengalaman itu perlu dirumuskan dalam satu adunan  berkala. Tahu bila dibuat ini, dan itu, mana didahulukan dan  dikemudiankan.
Hanya setelah mereka melalui fasa-fasa penting perkembangan diri  mereka, then ia membina karektar kekal dan mencari ruang selesa bersama  kawan-kawan. Masa itu, sudah agak terlambat. Masa mereka mula berasa  selesa dengan sikap mereka sekarang.
Namun semuanya anjakan dari perasaan halus seorang anak yang inginkan  perhatian. Jesteru itu, anak adalah amanah bukan sekadar sebuah harapan  konklusi meramaikan anak sahaja, tapi lebih dari itu. Kena pandai  bezakan di antara nakal dan jahat. Kenakalan masuk dalam kategori  benda-benda yang kita 'abaikan'.
Manakala kejahatan, ialah perlakuan kanak-kanak seperti menipu dan mencarut. Those need correction almost instantly. Even to correct them later would confuse the kids.  Jika dibentuk awal, biasanya kebanyakan tindakan kanak-kanak untuk  mendapatkan perhatian parents hanya berlegar pada soal kenakalan. Kalau  kita biar-biarkan tanpa guidance, maka masa itulah berkemungkinan  besarnya nanti dia akan berjinak-jinak dengan kejahatan.
Kanak-kanak yang diberi penekanan bukan sekadar pertumbuhan jasmani,  tetapi keutamaan pada kemantangan rohani mereka, akan membentuk tindak  balas spontan yang baik. Ini diakui pakar kaji otak, kenyataan-kenyataan  sebegini rupa akan tertanam di dalam sub-concious mind kanak-kanak  itu dan mereka akan anggap apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka  adalah tidak betul dan mereka secara tidak sedar, atau sedar akan avoid  perkara itu.
Apabila ibu bapa mengagumi artis-artis dalam reality show  dan sorakan pujian dibuat di depan anak-anak yang kecil, situasi ini  juga akan tertanam dan mereka pun akan cuba jadi artis kerana reaksi  positif yang diberikan oleh ibu bapa. Kesian juga, ibu bapa berjiwa  pendakwah. Kadang-kadang sampai terlupa insan yang paling dekat yang  harus 'didakwah'. Bak peribahasa Melayu;
"Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan."
Cuma dalam konteks ini, mungkin kita boleh mencuba pendekatan dakwah  atau kerja yang lebih bersifat 'mesra keluarga'. Sebagai contoh, nursery  kat tempat bekerja. Ibu bapa mungkin mempunyai lebih masa untuk  anak-anak dan lebih dekat. Dari segi kaca mata dakwah, seisi keluarga  mungkin boleh turut sama diajak turun ke medan. Baru boleh sama-sama  merasa asam garam dan rencah kehidupan seorang bapa atau ibu berjiwa  da'ie.
"Permata yang berharga lahir dari sebuah kaca yang digilap 'dalaman' bukan hanya 'luaran' sahaja."


 
 
No comments:
Post a Comment