1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia  berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang  berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang  betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan  menemukan anda dengan pasangan anda.
 3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh. 
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati  dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan  orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang  terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda  akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk  bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu  sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan  pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,  wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk  menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda  anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa.  Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima  cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru,  perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh  kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang  dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini  secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati  sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik  disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk  berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan  perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah,  mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang  sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan  kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri  sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun  baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal  pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada  bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan  seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang  menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan  benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci  atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,  nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan  dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple,  tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap  pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi  perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang  lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan.  perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang  ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal  pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan  ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan  membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan  sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang  anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.  Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki  bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai  persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti  keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu  sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti  suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.  Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,  serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati  bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu  kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci,  simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama  mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan,  pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.  Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri  ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai  ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan  anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana  wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu  mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan  dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal  pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri  daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang  menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih  bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal  pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan  tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak  nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah  tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian  yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular,  sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau  kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap  anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan  senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda.  Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia  rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan.  Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati  yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai  dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan  sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping  memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin,  memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati  sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan  aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita,  kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya,  kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan  emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri  dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu  perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau  menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik  memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku  salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar,  bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada  fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan  memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya  Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri  nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar  dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah.  Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan  beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas  dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik,  terperinci dan banyak yang tersirat.


 
 
No comments:
Post a Comment