Monday, November 28, 2011

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat .mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah

INGATLAH WAHAI WANITA




Ingatlah Wanita...!

Apabila kamu berkawan dengan lelaki
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa..
 Mudah diperoleh.. Diparut..
Diperah.. Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...
Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit.. Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan.. Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali.. Dan ia akan tersimpan selamanya..
Jadi.. Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..
Di sebalik santan..menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras menghadang..
namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian.. OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..
Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. Menjadi mutiara..
sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

Friday, November 25, 2011

YA ALLAH...





°˚˚ﷲ♥♥Ya Allah..
Titipkan ketenangan buat KU  yang sedang keresahan..
Ya Allah,kembalikan keceriaan buat KU yang kedukaan..
Ya Allah,gantikan tangisan KU dengan senyuman..
Ya Allah,jika ini ujian maka berikan KU kekuatan..
Ketahuilah tiada yang lebih mengerti perasaanKU melainkan AllaH
Tiada yang lebih dekat kepadamKU melainkan Allah.
Maka rintihlah segalanya dalam doa dan sujudmu kepadaNya°˚˚ﷲ♥♥❤
♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿

cara untuk menangani putus cinta..cinta Allah cinta Abadi




1.Jangan Hubungi Pasangan Anda Jangan call, sms, e-mail atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.
2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan AndaDisebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.
3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja Masalah cinta anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.
4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.
5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda. Ia mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah, kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.

insyallah niat sglanya kerana Allah segalanya pasti akan jdi sprti biasa, ya Allah bntulah aku dalam menjauhi cinta terhadap muslim yang tidak halal bagiku..amin ya rabbala'lamin...permudahkanlah untuk aku melaksanakan azam tahun baru ku ini,dan jauhkanlah aku darinya kerana aku tidak layak untuk berdamping dengannya ya Allah dan terima kasih juga kepada yang berusaha untuk menceriakan hari2 ku,tanpamu jatuh la aku....syukran ala kulli hal

SEORANG GADIS ITU


Dari kejauhan ku melihat,
Seorang gadis berjubah biru,
Sopan langkahnya tunduk pandangannya,
Ayu wajahnya tanpa noda.
Doa ibunya kepada gadis itu,
Ya Allah,
Kurniakan anakku ini,
Seorang pendamping yang baik dalam rumah tangganya,
Dia gadis yang solehah,
Biarlah pemuda soleh teman hidupnya.
Dia hanya hamba-Mu yang lemah,
Maka Engkau kuatkanlah dia,
Menghadapi ujian dan cabaran yang Engkau berikan,
Agar dirinya sentiasa kuat dan mampu,
Walau sekencang mana pun ujian itu menimpa.
Tanpa ku sedar gadis itu berlalu pergi,
Sebelum itu salam dititipkannya padaku,
Tanda dia teman sejati.
Wahai gadis,
Doakanlah semoga aku akan istiqamah,
Pasrah dan menyerah pada Yang Satu.
Teguh mendukung jalan perjuangan,
Penuh berliku dan sengsara,
Agar suatu saat nanti,
Di syurga menanti kita bertemu.
Amin...

THE LIMIT IS ME



"There is only one person who is capable to set limits to your growth : it is YOU" 
You are the only person who are revolutionize your life. 
You are the only person who can influence your happiness, your realization and your success. 
You are the only person who can help yourself.
Your life does not change, when your boss changes, when your friend change, when your parents change, when your partner changes, when your  company changes. 
You life changes when YOU change, when you go beyond your limiting belief, 
when you realize that you are the only one responsible for your life. 
"The most important relationship you can have, is the one You have with YOURSELF"
Examine yourself, watch yourself.
Don't be afraid of difficulties, impossibilities and losses: be a winner, build yourself and your reality.


Source: Personal growth, Personal Independent : THE LIMIT IS ME
BY ROBIN GOOD

Tuesday, November 22, 2011

CANTIK DIPANDANG...


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
Rama-Rama Halus Sayapnya
Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Indah Ibarat Wanita.
Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari) 

@TENANG YANG DICARI@

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.
Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelma. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!
Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!
Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat.  Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?
CARILAH HATI YANG SEJAHTERA
Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah 'syurga dunia' sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.
Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.
Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.
Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.
IMAN MAMPU MENAMPUNG KEKURANGAN
Ada enam perkara yang sangat penting dan kritikal dalam kehidupan manusia. Jika keenam-enam perkara itu stabil maka stabillah seluruh kehidupan. Perkara-perkara itu adalah kesihatan, kewangan, kerjaya, ilmu pengetahuan, perhubungan dan kekeluargaan. Jika semua perkara itu dapat dicapai dan berada dalam keadaan stabil, maka kehidupan juga akan stabil.
Sungguhpun begitu, dalam realiti kehidupan adalah sangat sukar untuk mencapai kestabilan dalam semua perkara itu. Jarang benar ada orang yang dapat mencapai semuanya.  Ada yang kaya tetapi kesihatan terganggu. Ada pula kesihatannya baik tetapi ada masalah dengan perhubungan sesama anggota masyarakat.
Begitulah lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang memiliki segala-galanya. Jika demikian, apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan dalam hidup? Jawabnya, kuatkanlah iman. Ini kerana iman akan dapat menampung kekurangan dalam perkara-perkara yang lain. Jika seorang itu miskin, sakit, berpangkat rendah dan lain-lain kekurangan maka iman akan menampung kekurangan-kekurangan itu dengan sifat sabar, redha, qanaah, lapang dada dan tawakal.
Namun, tanpa iman segala kelebihan yang dimiliki akan tidak berguna. Tanpa iman, sikaya akan tamak dan tidak akan merasa cukup dengan kekayaannya, yang berkuasa akan menindas dan menzalimi, yang sihat akan lupa diri dan membuat kejahatan, yang banyak ilmu akan angkuh dan menghina orang lain.
Semua ini akan mengundang kebencian, ketidak puas hatian, kemarahan, kedengkian sesama manusia yang akhirnya akan menimbulkan krisis antara yang simiskin dengan yang sikaya, yang berkuasa dengan rakyat jelata, buruh dengan majikan dan lain-lain. Tegasnya, kualiti jiwa yang rendah (tanpa iman) itulah yang mencetuskan kemusnahan dalam hidup manusia. Dan untuk mengatasinya, tidak ada jalan lain kecuali dengan meningkatkan kualiti hati!
KUALITI HATI
Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.
Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas. Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

Sumber:i luv Islam.com

❤¸¸.•* KERANA AKU SEORANG MUSLIMAH *•.¸¸¸❤

Salam sahabat2 ana,trharu rsanya ana bca kata2 ni yg ana copy dri fb ana,seolah2 ada smngt bru yg disuntik pda dri ana supaya menjdi seorng muslimah yg kuat..mmg tramat sukar untk mnjdi seorng muslimah yg kuat,tp kite blh cuba kn,..moga kita sbgai muslimah jgn cpt brpts asa yer...insyallah amin...
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫

★ღ★ Kerana aku seorang muslimah..aku bersyukur apa adanya aku..aku belajar menerima takdirNya buatku..aku disini kerana chentaNya buatku..walau dicaci dihina,aku takkan terus tunduk..

★ღ★ Aku bukan muslimah yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan muslimah yang begitu. Lembik. Lemah!

★ღ★ Aku bukan muslimah lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan muslimah yang penakut dan pengecut! Aku bukan muslimah yang mudah kalah terhadap cabaran!

★ღ★ Aku mahu menjadi muslimah yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku muslimah yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

★ღ★ Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku muslimah yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup Allah yang Maha Esa..

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”
°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫


‎~✿..Rasa “sakit” saat merasa tidak punya siapa, JUJUR..sangat PERIT ditelan, sangat SUKAR dilalui bahkan sangat MENYEDIHKAN bila diingat..tiada TELINGA untuk MENDENGAR, tiada BAHU untuk BERSANDAR..tiada siapa untuk meluahkan rasa dan tiada apa yang terluah..✿~

Namun saat itulah hati MEMUJUK :

>>> Wahai diri, Allahkan ada..dan Allah itu sudah LEBIH dari CUKUP untukmu...Allah tidak mengutuskan kamu sesiapa kerana DIA cuma mahu kamu BERKONGSI peritmu hanya padaNYA..ya Allah, hilangkanlah rasa GUNDAH di hatiku ini..✿✿✿

Saturday, November 19, 2011

“Aku mencintaimu kerana Allah”…


Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….



..........N&S...........

✫..•°*”˜˜”*°•.ƸӜƷ*.¸Aku Menyintaimu Kerana... (。◕‿◕。) *.¸.*(¯`v´¯)



ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿
(Rupa) - Kau Sentiasa BerWudhu & Berpaling Dari Kebendaan.

(Mata) - Kau Sentiasa Menunduk & Hanya Lihat Keagungan Ciptaan-Nya.

(Mulut) - Kau Sentiasa Diam Tersenyum & Bicara Mu Tentang Yang Makruf.

(Telinga) - Kau Setia Mendengar & Pekak Bila Mendengar Keburukan Seseorang.

(Tangan) - Kau Sentiasa Menadah Tangan Mendoakan Kebahagian Insan Tercinta.

(Kaki) - Kau Sentiasa Berjalan Ke Arah Keredhaan Allah Mencari Kebaikan.

(Badan) - Kau Menutup Segalanya & Hanya Pada Allah Kau Minta Pertolongan.

(Hati) - Kau Luhur Peribadi & Ikhlas Mencari Cinta Di Dalam Redha-Nya.

.::SEMOGA ENGKAU DI LINDUNGI ALLAH DALAM MAHABBAH & TAAT KEPADA-NYA::.
ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿



.......N&S...........

@SEKUNTUM BUNGA@



Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,
Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati.

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,
Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,
Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami ♥~.

~♥ Amin Ya Rabbal Alamin ♥~